CQ Merdeka oleh 9M4CJM

JASRA Melaka melalui callsign kelab 9M4CJM Jebat DX Club yang diluluskan AA pada 23 Julai 2019, telah berpeluang dan bersama-sama memeriahkan kehangatan sambutan Kemerdekaan Malaysia yang ke 62 tahun pada tahun ini. Walaupun timbul sedikit salah faham dan kekeliruan oleh pihak tertentu yang ‘cuba menghalang dan menghentikan‘ CQ Merdeka yang dijalankan menggunakan callsign kelab yang kononnya hanya dibenarkan hunting sahaja, namun ianya tidak menjadi penghalang dan minat dan hobi ini diteruskan atas dasar semangat kemerdekaan.

Walaupun telah wujud special callsign yang diusahakan oleh MARTS yang menggunakan prefix/suffix 9M62Mx, namun atas semangat menyokong aktiviti sukan radio dalam hawa kehangatan kemerdekaan dan atas semangat patriotik, dan setelah berkomunikasi dengan penganjur special callsign seminggu lebih awal supaya tidak timbul salah faham, perkara tersebut tetap diteruskan dan dilaksanakan.

CQ tetap dijalankan berdasarkan kelapangan waktu dan dalam waktu yang sama juga persiapan untuk SOTA dilaksanakan. Pada akhirnya, sebanyak 235 CQ (termasuk 4 SOTA) dapat direkodkan dan sehingga cerita ini ditulis, sebanyak 25 callsign telah mengesahkan CQ (Confirmed) di log book qrz.com. Seperti masa-masa yang lalu, majoriti yang merespon kepada panggilan CQ adalah datangnya dari YB land.

Pecahan CQ adalah seperti berikut

Prefix 9M – 7
Prefix 9W – 6
Prefix dari YB Land – 222

Demikanlah sedikit maklumat aktiviti sukan radio yang dapat dikongsikan kepada rakan-rakan ham. Walau apa pun, Band lain dan mode yang lain tidak dapat dimaksimakan penggunaan oleh kerana antenna yang bersesuaian dan aksesori nya belum berupaya dipersiapkan. Mudah-mudahan akan ada penambahbaikan dapat dilaksanakan dari masa ke semasa.  End. 73